Monday 24 March 2014

ALFAFA


  • Ramai betul yang prihatin dan amik berat dengan alfalfa sekarang ye. Macam-macam versi ada. Isunya ramai yang utarakan isu alfalfa setelah membaca artikel bahaya alfalfa dari blog Dr Zubaidi.
  • Saya memang sangat setuju dengan artikel yang sangat bagus itu. Artikel yang bagus tetap ramai yang baca separuh atau cepat buat andaian tanpa memahami isu yang diutarakan di dalamnya.
  • Untuk menyenangkan pembaca maka saya telah ringkaskan kenyataan dalam artikel tersebut dan cuba menjawab sebaiknya. Mari kita tengok apa sebenarnya yang orang takut dengan alfalfa ini?

  • Statement Dr Zubaidi, tak salah amik supplement dan pastikan amik dari company yg dipercayai.

    JAWAPAN: Memang betul dan shaklee adalah company nutrisi yang sudah lebih 
    50 tahun bertapak maka tiada ragu sebab ia melabur berbillion dollar sebelum mengeluarkan sesuatu produk untuk penyelidikan. Sebuah company yang sangat diakui sangat teliti dalam mengeluarkan produk yang semulajadi.

     
    • FDA (badan berkuasa di US) menyatakan penggunaan DAUN ALFALFA mungkin SELAMAT tetapi penggunaan dari BIJI BENIH mungkin TIDAK SELAMAT kerana kemungkinan boleh beri tindak balas autoimmune pada pesakit lupus erythematosus (SLE).

    JAWAPAN: alfalfa shaklee dari sumber daun alfalfa. Dan sebagai langkah selamat sudah juga dinyatakan dalam botol shaklee bahawa TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE. Dah nyata dan jelas kat situ, maka tiada keraguan kenapa pula ia tidak boleh diambil oleh orang biasa yang tiada SLE.

    •   Makan alfalfa secara berlebihan boleh memudaratkan jadi mudah dapat ruam atau sunburn.
    JAWAPAN: sebab itu ada sukatan kat botol. Maximum adalah 10 biji sehari. Shaklee dah kaji kenapa hanya max 10. Kalau makan 50 biji sehari memang mudarat kena tanggung sendiri. Maka itulah pentingnya consultation yang betul bukan makan supplement ikut sedap je tanpa mengikut arahan penggunaan. Makan nasi pun kalau berlebihan boleh jadi bam bam kan:)

    •   Pesakit yang mengambil ubat-ubat tertentu diminta consult doktor dahulu sebelum mengambil alfalfa.

    JAWAPAN: memang betul apa-apa supplement pun jika kita ada mengambil ubatan doktor yang kita sendiri tidak pasti maka silalah rujuk doktor kerana alfalfa adalah herba. Tapi makan maajun tak pulak nak tanya doktor boleh ke makan eh?

    • Penggunaan alfalfa dalam KUANTITI YANG BESAR DAN BERPANJANGAN tidak selamat pada ibu hamil dan ibu menyusu.

    JAWAPAN: memang kita tidak pernah consult suruh bagi makan alfalfa pada ibu hamil tetapi pada ibu menyusu dibolehkan ikut dos. Baca balik artikel tu kata kuantiti besar dan berpanjangan.

    •   Pesakit kanser, fibroid tidak digalak amik alfalfa, tetapi belum dibuktikan dari segi kajian klinikal.
    JAWAPAN: memang kita pun tidak benarkan pesakit-pesakit ini ambil alfalfa walau belum terbukti ada kajian klinikal mengenainya.

    • Pesakit yang mengambil ubat cair darah tidak digalakkan ambil alfalfa.

    JAWAPAN: Kandungan vitamin K dalam alfalfa boleh memekatkan darah maka memang sesiapa yang mengambil UBAT CAIR DARAH (WARFARIN) memang kita tak benarkan ambik alfalfa.

    Maka tiada ragu nak ambil alfalfa jika anda tahu apa yang anda ambil
    kan? Sebab itu pentingnya consultation semasa dan selepas pembelian supplement. Jangan buat belian dengan orang yang tiada ilmu untuk consult anda atau membeli di merata tempat yang tiada sumber untuk anda rujuk. Sebab itu saya sentiasa mementingkan consultation yang betul diberikan pada customer sebelum mereka membeli sesuatu produk. 

    Pada para pengguna di luar sana, sudah terbukti alfalfa selamat cuma anda perlu pastikan 7 perkara tadi untuk membolehkan anda membuat keputusan bijak. Selamat makan alfalfa:)



No comments:

Post a Comment