Monday 24 March 2014

ESP



Apa itu Asid Amino?

Asid amino adalah unit asas bagi protein.Protein adalah bahan asas bagi pembentukan badan kita. Asid amino boleh ditakrifkan sebagai suatu molekul organik yang terdiri daripada asid karboksilik amina dan kumpulan-kumpulan berfungsi asid amino terdiri daripada nitrogen, karbon, oksigen,sulfur dan hidrogen molekul.Terdapat lebih 20 jenis Asid Amino penting yang diperlukan dalam sintesis protein bagi memastikan tubuh manusia berfungsi dengan sempurna.

Asid Amino terdiri dari dua jenis iaitu asid amino esential dan asid amino tidak esential . Asid amino tidak essential merupakan asid amino yang boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita manakala asid amino essential tidak dapat dihasilkan tubuh dan perlu diperolehi dari sumber makanan. 9 jenis asid amino essential ialah histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan and valine

No comments:

Post a Comment